the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IPD baharu akan dibina di Kapit — Menteri Dalam Negeri

KAPIT: Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ianya akan dibina di sebuah lokasi yang baharu yang akan dikenal pasti kelak.

“Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membantu memudahkan proses mencari tapak yang baharu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Garing, Nanga Miaw, Song selepas melakukan lawatan kerja ke Daerah Kapit dan Song bagi Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas (PPK) Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Kad Pengenalan Diri hari ini.

Menurut Saifuddin, projek itu disasar untuk dilaksanakan pertengahan tahun hadapan selepas proses mengenal pasti dan pengambilan tanah selesai.

Saifuddin berkata IPD Kapit diklasifikasikan sebagai Kategori C dan diketuai Ketua Polis Daerah (KPD) berpangkat Timbalan Superintenden dan kementeriannya mengambil maklum permohonan agar IPD Kapit dinaik taraf kepada Kategori B yang akan diketuai oleh Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden.

Katanya pembinaan IPD baharu itu sesuai dengan pertambahan penduduk Kapit dan sebanyak RM318,000 akan diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih di IPD Song.

Sementara itu beliau berkata operasi PPK telah menerima 2,381 permohonan pelbagai kategori sehingga 15 Nov lepas dengan sebanyak 984 permohonan adalah bagi kategori tiada dokumen pengenalan diri dan 837 permohonan di bawah kategori penentuan taraf bagi pemegang sijil lahir Sarawak.

“Sebanyak 23 permohonan lagi berhubung penentuan taraf bagi sijil lahir luar Sarawak, 205 pemegang kad pengenalan sementara (MyKas) dan 28 permohonan pemegang kad pengenalan penduduk tetap (MyPR). Baki 304 permohonan direkodkan sebagai pemegang pasport luar negara dan lain-lain kategori,“ katanya.

Bagi Zon Kapit yang meliputi Daerah Kapit, Belaga, Song dan Bukit Mabong seramai 2,129 permohon dikenal pasti mempunyai isu penduduk tanpa pengenalan diri.

Saifuddin menyifatkan operasi PPK itu merupakan satu model kerjasama yang terbaik di antara kerajaan negeri dan pusat yang memberikan manfaat kepada rakyat.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Leads Largest-Ever Hong Kong Delegation to BIO 2026 Showcasing Life and Health Tech...

HONG KONG SAR/SAN DIEGO, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP), in collaboration with InvestHK as co-organiser, the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) as supporting organisation, and five renowned local universities - The University of Hong Kong, The Chinese University of Hong Kong, The Hong Kong University of Science and Technology, The Hong Kong Polytechnic University and City University of Hong Kong - to form the city's largest-ever delegation of life and health technology innovators to the BIO International Convention 2026 (BIO 2026) in San Diego, from June 22 to 25.

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings