the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Iran laporkan 935 terbunuh dalam serangan Israel sepanjang 12 hari

ISTANBUL: Pihak berkuasa Iran memaklumkan pada Isnin sekurang-kurangnya 935 orang terkorban dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Jurucakap Badan Kehakiman, Asghar Jahangir dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita separa rasmi Tasnim berkata angka korban itu termasuk 132 wanita dan 38 kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan jumlah kematian akibat serangan Israel seramai 606 orang, dengan 5,332 lagi cedera.

Jahangir berkata serangan Israel ke atas Penjara Evin di barat laut Tehran meragut 79 nyawa, termasuk banduan, staf penjara serta penduduk berhampiran.

Penjara Evin dilaporkan tidak lagi dapat beroperasi dengan banduan telah dipindahkan, katanya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap hak asasi manusia dan resolusi antarabangsa.”

Konflik antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Tel Aviv melancarkan serangan udara ke atas tapak ketenteraan, nuklear dan awam Iran.

Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan sekali gus memburukkan lagi konflik itu.

Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan AS berkuat kuasa pada 24 Jun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings