the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Iran sedia sambung rundingan nuklear dengan AS, gesa Trump ubah nada

TEHRAN: Iran pada asasnya bersedia untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), menurut hantaran di X oleh Menteri Luar Abbas Araghchi, walaupun beliau menggesa Presiden AS Donald Trump supaya mengubah nada kenyataannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Jika Presiden Trump benar-benar serius mahu mencapai perjanjian, beliau sepatutnya mengetepikan nada tidak hormat dan tidak dapat diterima terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, serta berhenti menyakiti berjuta-juta pengikut setia beliau,” kata Araghchi dalam hantaran tersebut. “Niat baik akan dibalas dengan niat baik, dan hormat akan dibalas dengan hormat.”

Trump sebelum ini menyatakan pada satu sidang kemuncak bahawa rundingan baharu dengan Iran akan diadakan minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Beberapa pusingan rundingan antara Tehran dan Washington mengenai program nuklear Iran sebelum ini gagal mencapai sebarang persetujuan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Jun lalu, Israel telah menyerang beberapa kemudahan di seluruh Iran dalam perang selama 12 hari, dengan menuduh Iran cuba membangunkan senjata nuklear.

Selain kemudahan nuklear, Israel turut menyerang kedudukan pertahanan, sasaran di bandar-bandar serta medan minyak dan gas, selain membunuh lebih 20 pegawai kanan tentera Iran, termasuk di kediaman mereka.

Iran secara konsisten menegaskan bahawa program nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan awam.

Selepas serangan itu, parlimen Iran meluluskan undang-undang minggu ini untuk menggantung kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), walaupun Tehran belum memaklumkan secara rasmi kepada agensi itu mengenai langkah tersebut.

Pakar berpendapat rundingan nuklear tidak akan dapat diadakan tanpa pemantauan teknikal daripada agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings