the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
27.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 9.54 pagi dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan hari keenam bagi tujuan memberi keterangan.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings