the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan – PDT Gombak

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SHAH ALAM: Anggota penguatkuasa yang bertugas dalam operasi tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan di Kampung Sri Makmur, Gombak baru-baru ini sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja bagi memastikan keseluruhan struktur terlibat termasuk surau dikosongkan sepenuhnya.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak dalam kenyataan di sini hari ini berkata tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan yang menceroboh tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 dan 28 Mei lepas itu adalah berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.

Menurutnya pelbagai barangan, naskah Al-Quran, ayat dan kalimah suci atau apa juga bahan yang mengandungi ayat suci Al-Quran telah dialihkan ke tempat yang selamat bagi memelihara kesucian dan kehormatan kitab suci itu, di samping mengelakkan kerugian kepada pemilik struktur.

“Pihak pemaju juga telah melantik pekerja-pekerja yang memakai ves keselamatan bagi membantu pemilik struktur memindahkan baki barangan yang masih ada di dalam struktur yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang operasi berlangsung, menurut PDT provokasi serta halangan dapat dikawal dengan baik namun terdapat juga satu insiden melibatkan empat anggota penguat kuasa diserang pemilik struktur yang terlibat dengan perobohan, dan klip videonya telah tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terhadap suspek dan ia kini di bawah tindakan selanjutnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDT Gombak turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan palsu seperti yang telah tular dan disensasikan baru-baru ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Media baru-baru ini melaporkan berdasarkan kenyataan media PKNS, isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 menyaksikan operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah, namun bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.

PKNS sebelum ini berkata penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 Sept 2020 dan syarikat itu memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.

Kerajaan Selangor juga telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati ‘ex-gratia’ sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai PDT Gombak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img