the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jaafar Onn meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Selebriti serba boleh Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim menerusi kiriman suara aplikasi WhatsApp.

“Assalamualaikum untuk pengetahuan semua, papa dah tak ada, dah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.

Berita itu juga dikongsikan rakan baiknya yang juga selebriti Haiza Hanafi di Facebooknya hari ini.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Selamat Jalan Papa Jaafar Onn. Ya Allah saya saksi kebaikan yang dia lakukan.Ilmu yang dia curahkan dan rezeki yang dia kongsikan.Tempatkanlah dia di syurga Mu Ya Rabb…Alfatihah…,” kongsinya.

Media sebelum ini melaporkan tahap kesihatan pengacara dan pelakon veteran itu berada dalam keadaan kurang baik sehingga perlu bergerak menggunakan kerusi roda.

Semalam Allahyarham dilaporkan kritikal selepas mengesan darah ketika membuang air besar selain bacaan hemoglobinnya yang rendah.

Ditemui pemberita di hospital berkenaan, Mohamad Hanif berkata Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalani prosedur endoskopi pagi tadi.

“Doktor ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan,” katanya.

Menurut Mohamad Hanif, Allahyarham pada mulanya ke klinik disebabkan tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar kemungkinan disebabkan pengambilan ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama.

“Ubat tahan sakit dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung itu juga menyebabkan kakinya bengkak.

“Berak berdarah pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya Februari lepas ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” katanya.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga dan dikebumikan di Tanjung Gading, Muar, hari ini.

Sementara itu, Haiza menyifatkan Allahyarham bukan sekadar rakan baik, tetapi merupakan mentornya dalam industri seni terutama dalam bidang pengacaraan.

Penyanyi Salwa Abdul Rahman pula berkata arwah merupakan seorang insan yang pemurah, gemar bersedekah dan meraikan anak yatim.

“Soal makan terutamanya Abang Jaafar tidak pernah kedekut. Salwa dulu masa baru menyanyi pun Abang Jaafar masak untuk Salwa,” katanya.

Memulakan kerjaya sebagai tukang masak sekitar tahun 1973, Jaafar Onn kemudiannya menempa nama dalam bidang seni sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi.

Anak kelahiran Muar itu muncul dalam telefilem pertama berjudul Lagenda Lela Manja dan terus membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Cili Padi, XX- Ray, Hotel Mania, Chef Jo, Bintang Hati dan 18 Puasa Di Kampung Pisang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings