the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jabatan Perikanan peruntuk RM2.4 juta untuk 74 tukun tiruan di enam negeri

PASIR PUTEH: Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi pelaksanaan 74 unit tukun tiruan di enam negeri sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan) Datuk Azahari Othman berkata negeri terlibat dalam pelabuhan tukun tiruan itu ialah Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata pelaksanaan tukun tiruan merupakan strategi utama pemuliharaan marin yang memberi impak langsung terhadap kesejahteraan komuniti nelayan dan ekosistem laut, sekali gus meningkatkan hasil tangkapan laut negara.

“Mengikut kajian Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) pada 2020, sebanyak 129 kilogram biojisim ikan direkodkan pada satu tapak tukun tiruan. Secara keseluruhan, nilai ekonomi daripada 74 tukun tiruan tahun ini dianggarkan mencecah RM6.2 juta.

“Setakat ini, maklum balas daripada nelayan amat baik, dengan mereka menyatakan hasil laut diperoleh menerusi inisiatif tukun tiruan ini mampu meningkat sehingga 90 peratus berbanding sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Negeri Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azahari berkata bagi tahun ini, sebanyak 12 unit tukun tiruan (konservasi) telah dilabuhkan di Kelantan dengan setiap tukun seberat 15 tan metrik berukuran 2.6 meter tinggi serta 2.5 meter lebar dan panjang, dibina menggunakan konkrit bertetulang.

Beliau berkata sejak 2007, sebanyak 312 unit tukun tiruan pelbagai jenis dilabuhkan di perairan Kelantan meliputi daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM6.26 juta.

“Antara jenis tukun digunakan ialah tukun dasar lembut, tukun dasar lembut penghalang pukat tunda, tukun rekreasi dan tukun keluli. Tukun ini terbahagi kepada dua konsep iaitu konservasi dan rekreasi.

“Tukun konservasi bagi pemuliharaan dan pembiakan hidupan laut di kawasan Taman Laut, manakala tukun rekreasi bertujuan untuk aktiviti memancing secara terkawal di luar kawasan Taman Laut,” katanya.

— BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 2H 2025 Review

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - IX Asia Indexes today announced the 2nd Half 2025 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.
spot_img

Popular Categories