the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jalan Masjid India ditutup kepada kenderaan susulan insiden mendapan tanah

KUALA LUMPUR: Jalan Masjid India di sini ditutup hari ini kepada semua kenderaan susulan mendapan tanah dikesan berlaku berdekatan sebuah pondok polis iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus baru-baru ini.

Tinjauan Bernama mendapati pita kuning Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipasang sepanjang jalan dari Masjid India hingga Maybank di Jalan Bunus.

Bagaimanapun, pejalan kaki masih dibenar melalui sebahagian jalan itu yang tidak terjejas manakala kedai di kawasan sekitar dibuka seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suliezmy Affendy Sulaiman pula memberitahu pemberita bahawa perbincangan sedang dilakukan untuk memperluas penutupan jalan dan perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

Mendapan tanah itu dipercayai berlaku pada awal pagi selepas hujan lebat dan ribut malam tadi.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa memasuki hari keenam hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings