the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM terima 38 aduan berhubung kes penipuan guna nama jabatan

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 38 aduan daripada orang awam mengenai kes penipuan ‘scammer’ yang menggunakan nama jabatan itu sejak awal tahun hingga kini.

Dalam kenyataan hari ini JBPM memaklumkan ia melibatkan negeri Sabah (13 kes), Johor (tujuh kes), Terengganu (lima kes), Labuan, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes manakala Melaka, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis adalah satu kes.

“Antaranya ialah kes penawaran pemberian tender pembekalan seperti makanan bermasak, bahan mentah, tayar dan minyak enjin kenderaan serta jentera, juga pengeluaran surat pesanan makanan palsu, dengan menggunakan nama Ketua Balai Bomba atau Pengarah Bomba Negeri,” menurut kenyataan itu.

JBPM berkata pihaknya memandang serius kes penipuan tersebut dan semua mangsa yang terlibat telahpun dinasihatkan untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah dihubungi oleh individu tertentu dengan membuat pelbagai tawaran menggunakan nama JBPM boleh merujuk kepada mana-mana Ibu Pejabat Bomba Negeri atau balai-balai bomba terlibat untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings