the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JIM tahan 121 pendatang tanpa izin di Sandakan

SANDAKAN: Seramai 121 orang pendatang tanpa izin telah ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) di sini yang bermula 10 pagi semalam hingga 4 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embak Taha berkata pendatang tanpa izin berkenaan terdiri daripada warganegara Filipina serta Indonesia dan akan ditempatkan di depot tahanan Imigresen Sandakan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua yang di tahan berumur antara 12 bulan hingga 65 tahun terdiri daripada 46 orang lelaki dewasa, 36 perempuan dewasa dan 32 kanak-kanak,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, seramai tiga orang warganegara Malaysia disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 55(B) turut ditahan dalam operasi itu.

Jafri Embak berkata antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri 6 (1) (c), dan 15 (1) (c) iaitu tinggal lebih masa, serta kesalahan lain di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 melibatkan warganegara Malaysia mengambil pekerja bukan warganegara atau bukan pemegang pas sah.

Beliau berkata sehingga 30 Sept lepas, JIM Sabah telah menjalankan sebanyak 1,197 operasi dengan 23,692 orang diperiksa dan 4,324 orang telah ditangkap, manakala 34 majikan didakwa.

Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara, tambah beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings