the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JIM tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menunggu laporan penuh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB), Perak pada 1 Feb lepas bagi melaksanakan tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata JIM memandang serius penemuan hasil siasatan EAIC bahawa terdapat unsur kekerasan dan penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan, oleh beberapa pegawai JIM bermula 2020 hingga 2021.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawai.

“Sekiranya didapati terdapat unsur-unsur kekerasan dan penderaan, JIM akan mengambil tindakan keras terhadap pegawai-pegawai tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, EAIC mendapati kekerasan melampau dan penderaan yang dilakukan beberapa pegawai JIM terhadap tahanan etnik Rohingya, adalah antara punca 131 tahanan meloloskan diri dari DISB, Perak pada 1 Feb.

EAIC memaklumkan perkara itu adalah antara hasil siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut berdasarkan aduan yang diterima, mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Dalam pengurusan Depot Imigresen, Zakaria berkata JIM sentiasa mematuhi ketetapan standard piawaian antarabangsa iaitu United Nation Standard Minimum Rules For The Treatment of Prisoners (The Nelson Mandela Rules).

JIM turut mematuhi ketetapan International Committee of The Red Cross (ICRC) – Healthcare in Detention, Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003 dan Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen.

JIM mempunyai 25 buah depot imigresen termasuk Baitul Mahabbah yang meliputi 18 buah depot imigresen sedia ada, dua buah depot imigresen sementara dan lima buah Baitul Mahabbah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img