• 2025-06-24 04:20 PM

KUALA LUMPUR: Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral. Upacara kenaikan pangkat itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar semalam.

Lim, yang kini berkhidmat sebagai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC), memulakan kerjaya ketenteraannya selepas menyertai latihan Pegawai Kadet TJT 25. Beliau kemudian menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, UK, sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

ATM dalam kenyataan hari ini menyatakan kenaikan pangkat ini mencerminkan prinsip meritokrasi dan keterbukaan dalam pembangunan kerjaya tentera. “Ia diharap galak lebih ramai kaum lain sertai ATM, memperkukuh konsep Unity in Diversity,“ menurut kenyataan rasmi.

Anak kelahiran Melaka ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah St Francis sebelum menceburi kerjaya ketenteraan.