the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ bakal umum garis panduan, SOP kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu membabitkan kenderaan perdagangan serta perkhidmatan awam pada Mei ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia bagi menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat terutama lori sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata antara perkara yang sedang diperincikan ialah SOP dan tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Ketika ini JPJ sedang meneliti dan membuat perincian bersama pihak berkepentingan lain. Kita tekankan kepada kenderaan melebihi 7.5 tan.

“Antara perkara yang diperincikan adalah tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melebihi had laju serta larangan kenderaan perdagangan berada di lorong paling kanan seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) sebelum ini,“ katanya pada Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ Terengganu di sini malam tadi. — LAGI

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata 8,862 kes kemalangan dicatatkan sepanjang enam hari Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 (HRA 2025) yang bermula 24 Mac hingga 8 April lepas.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 9,859 kes yang direkod pada Ops HRA 2024 yang berlangsung enam hari pada 8 hingga 13 April 2024.

“Begitu juga jumlah kematian menurun daripada 119 orang pada Ops HRA 2024 kepada 85 orang pada Ops HRA 2025.

“Penurunan ini antaranya disebabkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan jalan raya hasil program advokasi oleh JPJ dan agensi penguatkuasaan yang lain,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings