the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ gantung lesen pemandu kenderaan perdagangan jika terlibat kemalangan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan sehingga siasatan selesai.

Jika pemandu didapati bersalah, lesen mereka akan dibatalkan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pemandu yang lesennya digantung perlu menjalani Program Latihan Semula sebelum lesen boleh diaktifkan semula.

“Program ini akan dianjurkan oleh JPJ di lokasi tertentu dan pemandu dikenakan fi untuk kos latihan,“ katanya.

Setakat ini, lima pemandu kenderaan perdagangan telah digantung lesen mereka.

Jika siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemandu tidak bersalah, penggantungan akan dibatalkan.

Aedy Fadly turut mengingatkan pemandu bas ekspres bahawa mereka boleh dikenakan kompaun jika penumpang tidak memakai tali pinggang keledar.

“Pemandu bertanggungjawab mengingatkan penumpang sebelum kenderaan bergerak,“ jelasnya.

Selain itu, JPJ dan Kementerian Pengangkutan sedang meneliti penubuhan institut memandu berkonsep baharu bagi mengurangkan tempoh menunggu lesen di kawasan padat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img