the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK

PUTRAJAYA: Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata kejadian berlaku pada kira-kira 1 tengah hari semasa jururawat berumur 29 tahun itu sedang menunggang motosikal dari arah Cheras Jaya, Kuala Lumpur menuju ke tempat kerja.

Beliau berkata jururawat itu dikatakan telah melanggar sebuah lori tiga tan yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan dia tercampak ke sebelah kanan jalan, sebelum digilis kereta Perodua Bezza dan Perodua Alza.

“Siasatan diteruskan dan kami mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-648 8474 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan Gopal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings