the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Walaupun dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad Hari Raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Tradisi tahunan ini amat dekat di hati Seri Paduka Baginda, kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi, menurut hantaran itu.

“Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.

“Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda, mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings