the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkat 12

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat di Cheras petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Beliau berkata mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ridzuan berkata siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 samb 302 bagi membantu siasatan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings