the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kanak-kanak lemas di kolam renang Melaka meninggal dunia

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang nyaris lemas di kolam renang sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana pada Ahad lepas telah meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Masai, Johor, disahkan meninggal dunia oleh Pengarah Hospital Melaka kira-kira pukul 11 pagi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, “Punca kematian disebabkan hilang fungsi otak.

Mangsa sebelum ini bergantung pada alat bantuan pernafasan dan sepatutnya hari ini, alat berkenaan dibuka untuk melihat sama ada kanak-kanak itu boleh bernafas sendiri atau tidak, tetapi jantungnya telah berhenti dahulu.”

Jenazah kanak-kanak itu telah dituntut oleh waris pada pukul 12.05 tengah hari untuk dikebumikan di Johor.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad lalu ketika mangsa mandi bersama keluarga.

Waris kemudian menyedari kanak-kanak itu hilang sebelum ditemui oleh orang awam yang mengeluarkannya dari kolam.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Melaka dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Siasatan awal polis sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories