the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Karnival TEKUN MADANI Selangor di Sungai Buloh pada 1-3 Mac depan – Ramanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensi dibawahnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan menganjurkan Karnival TEKUN MADANI Peringkat negeri Selangor bermula 1 hingga 3 Mac ini.

Timbalan Menterinya Datuk R. Ramanan berkata karnival berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara.

Beliau berkata karnival itu dianjurkan bagi memudahkan rakyat Selangor khasnya penduduk di Sungai Buloh untuk mendapatkan informasi mengenai produk pembiayaan TEKUN serta inisiatif dan program yang disusun oleh agensi lain di bawah kementerian itu.

“Karnival ini mendekatkan masyarakat tempatan khasnya warga Sungai Buloh dengan informasi, inisiatif, bantuan serta pembiayaan yang disediakan di KUSKOP dan 10 agensi dibawahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata selain itu ia dianjurkan bagi mewujudkan jaringan perniagaan antara usahawan bagi mewujudkan komuniti usahawan TEKUN yang kukuh, berdaya maju, jujur dan progresif.

“Ini merupakan peluang yang baik untuk usahawan setempat mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka,”katanya.

Beliau berkata selain menyediakan lebih 100 reruai jualan dan pameran, pelbagai pengisian dan acara menarik juga telah disusun selama tiga hari karnival itu berlangsung.

“Ini termasuk sesi perkongsian daripada usahawan berjaya, penyampaian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Back to School, Malam Kota Damansara Berselawat, demonstrasi masakan, sukaneka, persembahan artis, demonstrasi solekan dan pemakaian tudung, cabutan bertuah, dan banyak lagi,” katanya.

Bagi mengiktiraf usahawan yang berdaya maju, Ramanan berkata Anugerah Usawahan turut diberikan kepada lima usahawan terbaik peringkat Negeri Selangor dan Sungai Buloh.

Selain itu dua motosikal dan banyak lagi hadiah menarik bakal menanti pengunjung bertuah, katanya.

Sementara itu, Ramanan berkata pelbagai program membabitkan agensi di bawah kementeriannya telah diatur untuk dianjurkan di Parlimen Sungai Buloh antaranya membabitkan program Jualan MADANI daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), program bersama belia dan program bimbingan keusahawanan.

“Ini demi memajukan usahawan tempatan seterusnya ekonomi penduduk setempat. Masyarakat setempat diseru mengambil manfaat atas semua program yang akan dilaksanakan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China conducts missile test-fire in the Pacific Ocean

Beijing confirms rare submarine-launched missile test in the Pacific, drawing condemnation from Japan and regional powers.

Customs official charged with RM15,000 bribe to close case

A Royal Malaysian Customs assistant director pleads not guilty to accepting RM15,000 in bribes to close an investigation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings