the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kasino di Forest City fitnah, berniat jahat – MB

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di sini adalah satu fitnah dan berniat jahat untuk mencemarkan imej pembangunan hartanah itu.

Beliau berkata dakwaan itu juga dilihat mengulangi usaha untuk menimbulkan persepsi negatif bagi menggagalkan pembangunan Forest City seperti yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu pada tahun 2018.

“Berita berhubung pembinaan dan pengurusan lesen kasino di Forest City adalah satu fitnah liar dan tidak benar sama sekali. Ia tidak ubah umpama bau busuk tidak berbangkai atau rantai besi dimakan bubuk.

“Ini adalah fitnah yang tidak masuk akal, melainkan hanya berunsurkan niat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor keseluruhannya, cukup-cukuplah,” katanya ketika menjawab soalan lisan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Liow ingin tahu perkembangan terkini mengenai pembangunan di Forest City dan dakwaan berita tular berhubung cadangan pembinaan kasino di hartanah terbabit.

Onn Hafiz (BN-Machap) berkata pembangunan di Forest City bakal memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat dan juga pembangunan ekonomi Johor, serta Malaysia secara amnya.

“Alhamdulillah pembangunan Forest City telah mendapat keyakinan Kerajaan Persekutuan hari ini. Ia berlandaskan kepercayaan bahawa pembangunan ini dapat memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi Johor.

“Insya-Allah dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang adalah masa yang terbaik untuk kembali membangunkan Forest City,” katanya.

Pada 26 April lepas, Berjaya Corporation Bhd (Berjaya Corp) dilaporkan membuat laporan polis terhadap dakwaan artikel sebuah portal berita antarabangsa yang mengaitkan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan terlibat dalam perbincangan bersama Perdana Menteri untuk membuka kasino di Forest City.

Susulan itu Anwar, Berjaya Corp dan Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) turut menafikan laporan portal berita berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings