the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas

ALOR SETAR: Operasi mencari tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar diteruskan hari ini dan kawasan pencarian diperluas sejauh 371.28 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa iaitu Asrul Hisham Zainon, 47, anaknya Shahril Aiman Asrul Hisham, 16, serta Mohamad Al-Amin Sufian, 29, diteruskan pada 7.30 pagi ini.

“Operasi CARILAMAT hari ketiga ini membabitkan aset udara dan kapal milik APMM, bot polis dan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), melibatkan keluasan sektor pencarian sejauh 371.28 batu nautika persegi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan setelah menjalankan aktiviti merawai di kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar pada Jumaat lepas.

Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menjalankan operasi CARILAMAT selepas menerima panggilan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda memaklumkan laporan kehilangan dibuat oleh adik seorang daripada mangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings