the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran musnahkan Klinik Kesihatan Tangkarason, operasi pindah ke dewan serbaguna

SANDAKAN: Perkhidmatan kesihatan yang disediakan Klinik Kesihatan Tangkarason di Beluran dipindahkan sementara ke Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason berikutan kejadian kebakaran di klinik itu pada awal pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna berkata langkah itu bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan setelah kebakaran memusnahkan klinik berstruktur kayu itu, termasuk sebuah kuarters.

“Keseluruhan bangunan klinik dan kuarters yang berstruktur kayu, termasuk semua aset dan kelengkapan perubatan serta peralatan telah musnah sepenuhnya dalam kejadian ini.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi tadi itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bergegas ke tempat kejadian, sejauh 215km dari balai dan mendapati klinik serta kuarters musnah 100 peratus setiba di tempat kejadian.

Operasi pemadaman terkawal pada pukul 6.20 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 8.26 pagi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings