the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedai makanan dalam kawasan MPK dilarang guna penyedut minuman plastik mulai 1 Ogos

KANGAR: Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth berkata sebagai alternatif, peniaga ataupun pemilik premis itu boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.

Beliau berkata kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.

“Sekiranya gagal mematuhi arahan Majlis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976) boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 atau boleh didenda oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan iaitu tidak melebihi RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings