the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejohanan catur ASEAN serlah bakat muda, perkukuh diplomasi serantau

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

GEORGE TOWN: Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 merupakan platform terbaik untuk mengasah minda golongan muda serta mengeratkan hubungan serantau menerusi diplomasi sukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejohanan itu telah menghimpunkan lebih 400 bakat muda dalam sukan catur dari 21 negara termasuk negara anggota ASEAN serta rakan dialog antaranya Amerika Syarikat, China, Rusia, India, Korea Selatan dan Jepun.

Dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuas Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi Zi Sen, Perdana Menteri berkata Malaysia berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij itu.

“Catur bukan sahaja permainan strategi tetapi juga menjadi platform untuk mempertajam intelek, membentuk disiplin serta menggalakkan persaingan sihat.

“Saya yakin kejohanan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan di peringkat serantau, malah turut mengukuhkan hubungan diplomatik dan persefahaman antara negara yang mengambil bahagian,” katanya.

Anwar turut menyeru semua peserta agar merebut peluang untuk menimba pengalaman berharga, menunjukkan kebolehan masing-masing serta mengharumkan nama negara.

Beliau juga berharap kejohanan yang berlangsung pada 1 hingga 11 Julai itu akan memberikan kesan positif terhadap perkembangan sukan catur di seluruh rantau ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img