the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain – Exco

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merancang untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata setakat ini perkara tersebut masih di peringkat kajian berikutan kawasan berkenaan berdekatan dengan penduduk sekitar.

“Rancangan kita supaya lokasi yang baharu lebih sesuai dan pihak kami sedang membuat tinjauan lokasi yang bertepatan untuk memindahkan zon bebas cukai terbabit,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan 2024 di sini malam tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai ribuan penduduk negeri ini yang berkunjung ke selatan Thailand pada musim cuti sekolah, Kamaruddin berkata perkara itu perlu dilihat secara positif kerana rakyat dari negara tersebut juga berkunjung ke Malaysia.

“Apa yang kita lihat hanya rakyat negeri ini berkunjung ke sana (Thailand) tetapi perkara sebaliknya juga berlaku apabila data daripada Jabatan Imigresen menunjukkan sejak awal Januari hingga Jun terdapat lebih 800,000 kemasukan pelancong dari Thailand melalui tiga pintu masuk di sempadan negara.

“Saya sendiri pada awalnya agak kurang percaya namun itulah data yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen, malah rekod itu turut menunjukkan kedatangan pelancong dari negara lain termasuk Eropah,“ katanya.

Beliau berkata data yang dikeluarkan juga menunjukkan 700,000 kemasukan pengunjung ke Kelantan melalui laluan udara sekali gus mencatatkan jumlah pelancong ke negeri ini sebanyak 1.5 juta orang dalam tempoh enam bulan pertama.

“Itu belum lagi dikira kedatangan melalui bas dan keretapi, sekiranya tiada apa-apa halangan diyakini sasaran kedatangan pelancong ke Kelantan boleh mencapai 3 juta orang pada penghujung tahun ini,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings