the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemajuan projek ECRL capai 81.07% setakat Mac

PASIR PUTEH: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di landasan tepat untuk disiapkan sepenuhnya menjelang Dis 2026 dengan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Gombak, Selangor mencatatkan kemajuan kerja sebanyak 81.07 peratus setakat bulan lepas.

Kemajuan kerja projek berkenaan turut mencatatkan 90 peratus di Terengganu dan 86 peratus di Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kerajaan Kelantan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek itu, khususnya dalam menyelesaikan isu berkaitan pengambilan tanah serta kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Laluan jajaran di Kelantan sejauh 43 kilometer (km) telah mencapai 88.86 peratus kemajuan kerja, menyumbang secara signifikan kepada kemajuan keseluruhan projek. Proses ujian dan pentauliahan dijangka bermula pada Jun 2026.

“Kerja-kerja pemasangan landasan juga menunjukkan perkembangan positif dengan kemajuan ketara dicapai di Kelantan, Terengganu serta sebahagian negeri Pahang melibatkan jajaran sejauh 400 km dari Tunjong, Kota Bharu ke Maran di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau landasan ECRL dengan menaiki kenderaan penyelenggaraan ECRL di tapak Stesen ECRL Pasir Puteh, di sini hari ini.

Darwis berkata pembinaan dua stesen ECRL di Kelantan iaitu di Tunjong serta Pasir Puteh turut mencatatkan perkembangan memberangsangkan dengan masing-masing mencapai 69 dan 68 peratus kemajuan kerja yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan.

“Kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk sebelum ini, termasuk banjir kilat di Pasir Puteh, telah ditangani melalui sesi libat urus yang diadakan bersama Pejabat Tanah dan Daerah, PBT serta kerajaan negeri sejak tahun lepas.

“Kami tidak akan lepas tangan sekiranya terdapat sebarang isu yang timbul. Kami komited untuk menyelesaikan setiap perkara demi memastikan projek ini memberi manfaat kepada rakyat dan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Projek ECRL sejauh 665 kilometer akan merentasi negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak diyakini akan disiapkan mengikut jadual pada Dis 2026 dan beroperasi bermula Jan 2027.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings