the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenaikan premium insurans kesihatan tidak diteruskan jika tidak munasabah – PM

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya premium insurans kesihatan dinaikkan tanpa alasan yang munasabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau saya sendiri tidak yakin kenaikan itu munasabah, saya tidak akan pertahankan dan saya tidak akan izinkan.

“Ini prinsip kita, sebab sementara premium insurans itu dinaikkan, mesti ada alasan yang munasabah.

“Antara yang paling tidak munasabah adalah kadar, ia kena ada standard seperti banyak negara buat seperti Georgetown University Hospital, Washington, kalau dia bagi stent (jantung), gerenti dua atau lima tahun dan jika ada masalah dalam dua tahun, hospital itu wajib beri pengurangan, kita kena ada mekanisme macam itu,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Blok Baharu Hospital Pakar KPJ Penang di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Anwar berkata kadar bayaran yang dikenakan kepada pesakit perlu munasabah dan mempunyai pengawasan kerana kos perubatan tinggi bukan disebabkan oleh pakar perubatan tetapi penggunaan bilik hospital.

Beliau berkata antaranya bilik hospital bertaraf tiga bintang digunakan tetapi dikenakan kadar bilik bertaraf lima bintang, justeru Perdana Menteri meminta kerjasama hospital swasta dalam hal itu.

“Doktor-doktor perlu ingat bahawa tidak timbul soalan tanya sama ada, ada insurans atau tak, kalau kos itu, itulah..kalau kos itu RM1,000…RM1,000 lah, tidak perlu dibezakan. Memang kenyataan saya ini tidak popular tetapi kita harus terima kenyataan,” katanya.

Tahun lepas, Perdana Menteri memaklumkan kenaikan caj premium insurans sekitar 40 hingga 70 peratus yang dikenakan terhadap pengguna masih dalam proses rundingan semula dan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) akan dimuktamadkan selepas rundingan dengan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) serta pihak berkepentingan lain diadakan.

Sementara itu, Anwar berkata pihak pengurusan kesihatan awam dan swasta dicadangkan agar melabur di syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan mengeluarkan ubat-ubatan supaya tidak bergantung pada syarikat pengeluar ubat luar negara yang terlalu mahal.

Menteri Kewangan itu berkata kedua-dua pihak juga perlu mencari jalan dan kaedah untuk mengurangkan kos dan berikhtiar mendapatkan alternatif yang memenuhi standard diterima dunia.

“Mengapa harus kita terbeban dengan kebergantungan kepada jenis ubat dari Amerika dan Eropah, kita perlu mencari alternatif lain yang generik dan boleh diterima, macam Brazil, India, Turkiye, China adalah negara terkenal dengan mengeluarkan ubat generik yang jauh lebih murah,“ katanya.

Bagi menjimatkan pengurusan kesihatan, beliau berkata pihak swasta boleh mencari cara terbaik dan kompetitif iaitu membeli peralatan kesihatan secara pukal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan supaya harganya lebih berpatutan.

Terdahulu, Anwar merasmikan blok South Wing yang baharu di Hospital Pakar KPJ Penang.

Hospital berkenaan yang dilengkapi teknologi Krioterapi Cryo-7 merupakan satu-satunya pusat perubatan di Pulau Pinang yang menawarkan sistem khusus yang direka untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan menggunakan udara sejuk semasa proses pemulihan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings