the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Perpaduan akan beri tumpuan penyelesaian isu infrastruktur asas di Labuan – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan memberi fokus dalam menyelesaikan isu infrastruktur asas di Labuan dalam usaha memajukan dan memakmurkan lagi pulau bebas cukai itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam di Labuan hari ini, jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merangka usaha berkenaan.

“Justeru, dengan pemantauan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta usaha sama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan beberapa agensi Kerajaan Sabah yang berkaitan, diharapkan pelaksanaan projek menaik taraf paip dan cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu dapat dilaksanakan dengan baik.

Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan semestinya akan merangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelaburan luar,” katanya satu dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Fadillah dilapor berkata pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinanti-nantikan sekian lama.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings