Your Title

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM185 juta bagi projek membaik pulih kemudahan di 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu merupakan keutamaan Kerajaan MADANI dalam memastikan nasib penduduk PPR terutama dalam kalangan miskin bandar sentiasa terbela.

“Dua tahun sebelum ini kita belanja RM100 juta, jadi sejak dua tahun ini sudah RM285 juta (dibelanjakan), tetapi saya tidak ada masalah kerana ini bukan membazir (sebaliknya untuk) baiki lif dan perbaiki kemudahan.

“Kalau duduk rumah pun robek, bocor, jiran tetangga tak kenal, jadi tak ada semangat (untuk jadikan) rumah itu syurga kalau lif rosak, tandas pam pun tak jalan, sebab itu Kerajaan MADANI ambil tanggungjawab, tetapi mesti disambut oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis meraikan Forum Komuniti (Forkom) dengan sokongan Think City, di PPR Lembah Subang 1 di sini hari ini.