the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama JBSN, Think City perlu untuk perkasa belia

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUCHONG: Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) disaran bekerjasama dengan pihak Think City untuk ‘turun padang’ ke kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam usaha mentransformasikan golongan belia ke arah gaya hidup positif.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu mempunyai gerak kerja yang menumpu kepada golongan belia menerusi program Rakan Muda yang boleh memanfaatkan belia di PPR.

“JBSN wujud di setiap daerah dan tanggungjawab mereka ialah untuk melihat isu dan program belia yang bersesuaian.

“Jadi, saya nak mereka (JBSN) bekerjasama dengan Think City turun ke kawasan PPR dan lihat apa program yang boleh dilakukan bersama,” katanya Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) yang kedua di sini hari ini.

Think City merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan pada 2009 untuk menghasilkan pelestarian bandar yang lebih saksama demi faedah bersama.

Hannah berkata kerjasama itu juga akan mengelakkan sebarang pertindihan program berkaitan belia yang dilaksanakan JBSN dan Think City selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengelakkan sebarang pembaziran.

Mengenai Sidang Anak Muda K2K, beliau berkata program itu bertepatan dengan objektif memperkasa PPR memandangkan perkara yang dibincangkan menyentuh isu program perumahan tersebut secara spesifik seperti masalah sosial yang berlaku, kawasan rekreasi diperlukan dan sebagainya.

“Cuma apa yang saya minta agar lebih banyak data dapat disediakan untuk agensi kerajaan dengar suara mereka dengan lebih mendalam, hayati masalah mereka dan mencari cari jalan penyelesaian. Contoh, bila anak muda kata konsep atau reka bentuk PPR perlu lebih selesa, ia isu yang bagus untuk dilihat oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan),” katanya.

Sidang Anak Muda K2K merupakan inisiatif untuk melatih dan melahirkan pemimpin pelapis muda yang berkualiti sejajar dengan keperluan negara, dan melalui sidang ini peserta diperkasa dengan kemahiran berdebat, berbincang serta menyelesaikan masalah sebagaimana dalam suasana Parlimen.

Program tersebut menampilkan belia daripada 10 perumahan awam iaitu Perumahan Awam (PA) Seri Selangor, PA Seri Sarawak, PA Hang Tuah, PPR Seri Cempaka, PA Seri Kota, PPR Taman Mulia, PA Seri Sabah 3A, PPR Desa Tun Razak, PPR Kampung Baru HICOM dan PPR Lembah Subang 1.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img