the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes bunuh pereka dalaman: Suspek lelaki dituduh esok

KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh seorang pereka dalaman yang ditikam 20 kali di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 15 Sept lepas akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang juga penganggur akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berdasarkan siasatan, kejadian pembunuhan berkenaan berpunca apabila mangsa telah menyedari suspek memecah masuk rumah beliau untuk mencuri sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 Sept lepas, media melaporkan seorang pereka dalaman berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan termasuk tangan dan kepala.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 50 hingga 61 tahun dalam serbuan di sebuah pangsapuri di ibu kota pada 3 pagi, 21 Sept lepas kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings