the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Zayn Rayyan: Tiga individu termasuk bekas pengasuh beri keterangan di IPD Petaling Jaya

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan memanggil beberapa individu ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

“Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini, bergantung kepada hasil soal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Terdahulu, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img