the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kesan isu tarif terkini AS kepada Malaysia masih dalam peringkat penilaian – PM

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesan daripada langkah tarif terkini oleh Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negara masih dalam peringkat penilaian oleh kementerian dan agensi yang berkaitan diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Anwar berkata sebarang tindak balas dan langkah susulan terhadap kesan tarif terkini oleh AS kepada ekonomi negara perlu dirangka secara teliti dan masih terdapat ruang untuk mengadakan perbincangan serta dialog dengan rakan dagang utama negara.

“Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC).

“Malaysia tegas dengan pendekatan mengekalkan hubungan positif dan progresif dengan semua rakan dagang sambil menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat, perniagaan serta pengeksport kita,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam Jumaat (April 4).

Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN akan berunding dengan beberapa negara anggota blok itu bagi mencapai persetujuan bersama berkenaan isu tarif timbal balik yang diumumkan AS untuk memastikan prinsip keadilan diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.

Negara anggota wilayah Indo-China ASEAN paling teruk terjejas akibat daripada tarif itu dengan Kemboja dikenakan tarif asas dan timbal balik berjumlah 49 peratus, diikuti Laos (48 peratus), (Vietnam 46 peratus) dan Myanmar (44 peratus).

Sementara itu, Thailand dikenakan tarif 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia masing-masing pada 24 peratus, manakala Filipina 17 peratus dan Singapura pada tarif asas 10 peratus.

Selain itu, tarif timbal balik yang lebih tinggi dikenakan secara individu ke atas negara yang AS rekodkan defisit perdagangan terbesar, berkuat kuasa pada 9 April, 2025.

Semua negara lain akan terus tertakluk kepada dasar tarif 10 peratus yang asal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sea and OpenAI Bring Regional Codex Hackathon Series to Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Sea and OpenAI today announced the Malaysia edition of the Sea x OpenAI Regional Codex Hackathon Series, which will take place in Kuala Lumpur on Saturday, 5 December.

Cloudsome Showcases Unified Multi-Model AI Access at TOKEN2049 Singapore 2026

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Cloudsome, an AI service platform for global developers, showcased a unified API at TOKEN2049 Singapore 2026, held at Marina Bay Sands on 7–8 October.

APAC Medical Cost Growth Projected to Slow to 9.7% in 2027, Aon Report

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Aon plc (NYSE: AON), a leading global professional services firm, today released its 2027 Global Medical Trend Rates Report, which projects that medical costs in Asia Pacific will increase by 9.7% in 2027, compared with 11.3% in 2026.

Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, Cements its Position as a Luxury Accommodation...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, today highlights its elevated positioning as a refined city retreat, blending modern residential-style comfort with the architectural heritage of Bugis and Bras Basah district to meet the evolving demands of today’s discerning global travellers.

Most Viewed

spot_img