the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Polis Indonesia dan Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Ketua Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo dan Ketua Polis Filipina Rommel Francisco D Marbil.

Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2024 yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara di sini.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan PGPP kepada empat pegawai kanan PDRM iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman Datuk Samsudin Basir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Ahmad Ramdzan Daud dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar dan Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Roze Shaari.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada lapan penerima, Pahlawan Pasukan Polis (18 penerima), Kesatria Pasukan Polis (10 penerima) dan Bentara Pasukan Polis (58 penerima).

Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dalam perkhidmatan PDRM.

Hadir sama pada istiadat itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings