the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Polis Negara terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SINGAPURA: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah dikurniakan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Istana pada Rabu.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata darjah kebesaran itu, yang diperkenalkan pada 1968, dikurniakan kepada individu yang menunjukkan khidmat cemerlang di luar Singapura.

“Di bawah kepimpinan beliau, hubungan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPF telah diperkukuh, disokong oleh kerjasama erat dalam aspek siasatan, pertukaran risikan serta pembangunan keupayaan dan latihan,” menurut kenyataan itu.

SPF menyatakan bahawa Razarudin telah menekankan kepentingan penyelarasan operasi yang rapat antara kedua-dua pasukan polis, yang menyumbang kepada usaha memerangi jenayah rentas sempadan, pengedaran dadah dan keganasan.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Singapura Lian Ghim Hua berkata SPF amat menghargai kerjasama kukuh dan berpanjangan bersama PDRM.

“Kerjasama erat ini telah memperkukuh tindak balas kami terhadap cabaran rentas sempadan yang semakin berkembang. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM untuk membanteras jenayah rentas sempadan serta meningkatkan keberkesanan operasi bersama,” katanya dalam kenyataan itu.

Sepanjang lawatan ke Singapura, Razarudin turut melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lawrence Wong dan Lian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img