the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KLIA Terminal 2 sesak susulan gangguan teknikal

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) penuh sesak dengan penumpang, susulan gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan operasi lapangan terbang di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terpaksa mendaftar masuk menggunakan kaunter berikutan kios daftar masuk layan diri yang disediakan tidak boleh digunakan.

Difahamkan, kesesakan di KLIA Terminal 2 bermula sejak 1.30 tengah hari dan petugas dilihat membantu orang ramai mendaftar masuk di kaunter yang disediakan bagi mendapatkan pas masuk.

Pihak KLIA Terminal 2 turut mengumumkan setiap penumpang antarabangsa perlu melakukan pemeriksaan imigresen dan keselamatan seperti sediakala meskipun berlaku gangguan teknikal ketika ini.

Seorang penumpang Ikhwan Ibrahim, 45, berkata kesesakan akibat gangguan perkhidmatan IT itu telah menyebabkan dia terpaksa beratur lebih satu jam di hadapan kaunter.

“Barisan untuk dapatkan boarding pass (pas masuk) memang panjang kerana sistem terjejas,” katanya yang ingin ke Kota Bharu, Kelantan.

Pekerja swasta Ainor Azman, 25, berkata dia agak kecewa kerana masih tidak dapat mendaftar masuk untuk penerbangan ke Kuala Terengganu petang tadi.

“Ramai beratur untuk daftar masuk kerana sistem down. Pihak syarikat maklumkan untuk daftar masuk dahulu,” katanya yang berada di lapangan terbang itu sejak 3 petang.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia memaklumkan tiada pembatalan penerbangan berlaku meskipun ia mengalami gangguan sistem dalaman.

Tinjauan di KLIA Terminal 1 pula mendapati perkhidmatan KLIA Transit dan Ekspres beroperasi seperti biasa dan penumpang diminta mendapatkan tiket di kaunter.

Sementara itu, KLIA Ekspres dalam kenyataan di platform media sosial memberitahu gangguan berkenaan disebabkan masalah teknikal dan pelanggan tidak dapat membeli tiket melalui aplikasi, laman web atau dompet digital pada masa ini.

“Sila terus ke kaunter untuk membeli tiket anda,“ menurut kenyataan itu.

Dilaporkan, berlaku gangguan perjalanan di seluruh dunia susulan gangguan IT yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global CrowdStrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings