the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konsert Dolla ‘Re:Birth The Experience’ Ogos ini

KUALA LUMPUR: Setelah lebih empat tahun mencipta nama, Kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel mengumumkan bakal mengadakan sebuah konsert pada 3 Ogos ini.

Dibawakan oleh Hitman Solutions, konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur bagi menampilkan sisi matang kumpulan wanita popular tersebut.

Angel berkata konsert sulungnya itu bakal menyaksikan era baharu Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.

“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula (kumpulan) dan menonjolkan sisi matang kami. Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu.

“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla,“ katanya dalam sidang media konsert tersebut di Planetarium Negara di sini, baru-baru ini.

Tabby dan Sabronzo juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu serta akan memastikan penyampaian yang lebih segar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Rohit Rampal berkata konsert itu akan menjadi medan bagi membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.

“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka. Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka,“ katanya.

Antara lagu-lagu popular kumpulan tersebut adalah ‘Damelo’, ‘Dolla Make You Wanna’, ‘Bad’ dan ‘Look At This’.

Tiket konsert itu boleh dibeli di laman sesawang www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

No excuse to hire undocumented foreign workers, employers told

The current ceiling set by the Economy Ministry allows for more than 130,000 foreign workers to be recruited across various sectors, but approvals would still depend on the needs of each sector and subsector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings