the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Koperasi instrumen penting tingkatkan taraf hidup rakyat – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Institusi koperasi merupakan instrumen penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya golongan B40, usahawan mikro dan komuniti setempat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata koperasi bukan sahaja berperanan menyediakan kemudahan kewangan dan perkhidmatan perbankan, malah menjadi ejen pengupayaan rakyat selaras dengan aspirasi kerajaan membina Malaysia MADANI.

“Kerajaan MADANI akan terus memberi sokongan dan memperkukuh sektor koperasi sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi rakyat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Majlis Perasmian Wisma Co-Opbank Pertama (CBP) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata seperti dilaporkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, berdasarkan data perangkaan hingga Disember 2024, lebih 16,000 koperasi telah diperbadankan dengan keanggotaan koperasi mencecah lebih 7.2 juta ahli.

Sementara itu, Anwar menzahirkan penghargaan kepada (CBP) yang berjaya mencatat keuntungan tertinggi sejak penubuhannya, iaitu sebanyak RM124.29 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, dengan jumlah aset keseluruhan mencecah RM12.84 bilion.

Perdana Menteri berkata, CBP bukan sekadar sebuah bank koperasi, sebaliknya merupakan simbol perjuangan ekonomi rakyat yang lahir daripada semangat kerjasama berlandaskan prinsip syariah serta berpaksikan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial.

“Saya berharap agar kejayaan CBP ini akan terus menjadi warisan kepada gerakan koperasi di Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi negara,” katanya.

Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa perasmian Wisma CBP hari ini dapat menjadi platform terbaik kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mengetengahkan serta mengiktiraf pencapaian koperasi di peringkat nasional.

Beliau berkata inisiatif itu juga mampu menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sektor koperasi, selain mempergiat usaha penglibatan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Wisma CBP setinggi 13 tingkat itu yang terletak di Kampung Baru dirasmikan sempena sambutan ulang tahun CBP ke-75 pada 7 Jun lepas, dan menjadi lambang kekuatan serta kemajuan CBP sebagai institusi kewangan. Ia juga mencerminkan simbol peneraju perbankan koperasi moden, mampan dan inklusif di negara ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings