the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Korban akibat keganasan di Manipur cecah 175 orang

NEW DELHI: Angka korban akibat keganasan etnik yang berterusan di Manipur dekat timur laut India kini mencecah 175 orang, kata pegawai pada Jumaat.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh polis di negeri itu pada petang Khamis, sejak tercetusnya keganasan pada 3 Mei, seramai 175 orang telah terbunuh dan 1,118 lagi cedera, manakala 33 dilaporkan hilang, lapor Xinhua.

Jumlah senjata yang dirompak dari gudang senjata negara pula sebanyak 5,668.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya 1,329 senjata dapat dijumpai semula.

Polis berkata tentera kerajaan memusnahkan sekurang-kurangnya 360 kubu haram di negeri itu.

Manipur bergelut dengan keganasan sejak tercetusnya protes dalam kalangan puak berhubung status komuniti Meiteis – ditetapkan untuk kumpulan yang sosioekonomi kurang bernasib baik yang memberi mereka peluang dalam pendidikan dan pekerjaan di sektor kerajaan. -BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings