the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
27.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT raih tiga sijil MBOR semasa penganjuran Hari Cuci Malaysia 2024

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menerima tiga sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) setelah mencipta rekod baharu semasa penganjuran Hari Cuci Malaysia 2024: Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day 2024, pada Sabtu lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerima sijil berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Christopher Wong di sini hari ini, sempena program yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan 649 lokasi di seluruh negara.

Tiga rekod baharu MBOR adalah ‘’Largest Simultaneous Participation in A ‘Gotong Royong’’’ iaitu penyertaan paling ramai dan serentak di seluruh negara, ‘’Heaviest Solid Waste Collected in A Day’’ (kutipan sisa pepejal terberat) dan ‘’Longest Non-Stop ‘Gotong Royong’ Cleanup Programme’ iaitu tempoh masa gotong-royong paling lama selama 2 jam.

Dalam ucapan beliau sempena penyerahan sijil MBOR berkenaan, Nga merakamkan penghargaan kepada semua jentera dan pihak yang terlibat dalam penganjuran program yang bertujuan memupuk budaya kebersihan ini.

“Program ini juga seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan kepada kemampanan dan kesejahteraan masyarakat sebagai tonggak utama.

“Dengan tempoh masa dan penyelarasan yang singkat, kita bersama-sama dapat memusatkan jentera dan operasi pelaksanaan di semua peringkat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata Hari Cuci Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan dan agenda kementerian yang akan dilaksana pada Sabtu terakhir, bulan September.

“Maka, saya ingin umumkan Hari Cuci Malaysia pada 2025 akan jatuh pada Sabtu terakhir bulan September,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings