the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) sedang membantu dan memantau perkembangan terkini lapan pelajar yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Jan lepas.

KPT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga pelajar ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN),” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT meminta pelajar mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Jabatan Pendidikan Tinggi mempunyai sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat :

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha

Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt

No. Telefon : +00 202 2487 3858

E-mel : [email protected]

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings