the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM cadang naikkan bantuan geran pelancaran daripada RM2,700 kepada RM5,000

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk menambah jumlah pemberian bantuan geran pelancaran dalam Skim Bantuan Kebajikan daripada RM2,700 kepada RM5,000.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata berkata ini adalah usaha KPWKM untuk membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan, malah kadar geran itu wajar dinaikkan bersesuaian dengan keadaan ekonomi ketika ini.

“Kami sudah bawa dalam mesyuarat pengurusan kami untuk meningkatkan lagi (geran pelancaran itu) daripada RM2,700 kepada RM5,000. Kalau MOF (Kementerian Kewangan) setuju, alhamdulillah kami boleh laksanakannya…itu yang kami hendak lakukan,“ katanya kepada Bernama.

Bantuan geran pelancaran dengan kadar maksimum RM2,700 secara sekali bayar itu bertujuan memperkasakan ekonomi kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Ditanya mengenai pertimbangan KPWKM untuk menaikkan setiap kadar elaun bantuan di bawah JKM berikutan cabaran ekonomi semasa, Nancy berkata perkara itu tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia melibatkan proses belanjawan negara.

“Namun, jika ada perubahan yang berlaku terhadap klien (penerima bantuan) kami itu, seperti baru-baru ini saya di Kuching, Sarawak, klien terima RM300 dan apabila jadi OKU (Orang Kurang Upaya) yang langsung tidak dapat buat apa-apa, kami sarankan supaya tambah elaunnya kepada RM500. Perkara sebegini dapat kami lakukan.

“…tetapi insya-Allah kami akan sentiasa cuba ketengahkan perkara ini kerana ia permintaan yang popular dalam kalangan rakyat…saya percaya kami tidak akan mengetepikan permintaan sebegini,“ katanya.

Beliau juga berkata pegawai KPWKM telah diminta untuk percepatkan proses permohonan bantuan bagi golongan berkelayakan sebagai usaha kementerian itu untuk membantu mereka dalam mendepani cabaran ekonomi ketika ini.

Menyentuh mengenai kemuncak sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 pada Jumaat ini, Nancy berkata pelbagai program bagi memperkasakan golongan wanita terutamanya dari sudut ekonomi disediakan pada hari berkenaan.

“Program-program ini juga melibatkan pelbagai pihak berkaitan yang akan memberikan penerangan serta membuka peluang kepada golongan wanita lebih kepada sudut ekonomi dan pada masa sama, KPWKM juga akan beri penerangan mengenai undang-undang untuk keselamatan wanita,“ katanya.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 bertemakan “Wanita Dijulang, Negara Gemilang” akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings