the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan berhubung kejadian yang melibatkan sekumpulan individu itu pada 10.07 malam.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata tiga individu yang direman selama sehari telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima lagi direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir premis hiburan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings