the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan media asing berkenaan pemotongan subsidi bahan api tidak beretika – PM

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan media asing berkenaan pemotongan subsidi bahan api disifatkan tidak beretika kerana belum ada keputusan muktamad yang dibuat di peringkat jemaah menteri berkenaan isu tersebut.

“Saya mendapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita terhadap politik yang tegas, maka media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita yang negatif, umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor)…ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.

“Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan. Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di Hotel The Light di sini, hari ini.

Anwar juga mengkritik laporan media asing berkenaan kerana memetik maklumat daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

“Kita terima prinsip kebebasan (media) tetapi ada etika berdasarkan fakta. Memetik maklumat perlukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Perkara sebegini adalah soal dasar yang memerlukan kerajaan beri notis dan pengumuman,“ tambahnya.

Semalam sebuah akhbar berita asing melaporkan Malaysia bercadang melakukan pemotongan subsidi bahan api, sebagai sebahagian langkah reformasi ekonomi.

Laporan berkenaan memetik sumber industri dan kerajaan yang mendakwa harga diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dalam beberapa minggu pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Ia juga mendakwa langkah itu akan disusuli peningkatan berperingkat harga runcit petrol.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings