the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, October 11, 2026
26.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang ingin memeriksanya di Lebuh Nordin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.30 malam yang memaklumkan suspek berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

“Pihak polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan berada di tempat pemandu namun apabila anggota kami cuba memeriksanya, dia enggan memberikan kerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Ekoran itu, polis menahan lelaki berusia 49 tahun tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular beberapa klip video memaparkan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di tepi jalan di sini.

Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, orang ramai yang berada di situ cuba mengejutkan lelaki itu dengan mengetuk cermin kereta namun tiada tindak balas sehingga memaksa pasukan bomba ke lokasi untuk membuka pintu kereta berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5

JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah Chery Omoda 5 di Johor Bahru pada minggu lepas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan itu.

Most Viewed

spot_img