the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Nigeria mati jatuh kondominium ketika lari daripada polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Nigeria ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah sewanya di kondominium di Batu Uban di sini, ketika cuba melarikan diri selepas premis itu diserbu sepasukan polis semalam.

Serbuan pada 6 petang oleh pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu berdasarkan maklumat terdapat kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di tingkat 16 kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata semasa serbuan dilakukan, seorang lelaki telah membuka pintu sebelum dia masuk semula ke dalam kediaman itu dan bertindak mengunci pintunya bagi menghalang pihak polis masuk.

“Polis berjaya memecah masuk ke dalam rumah itu dan pemeriksaan tidak menjumpai lelaki berkenaan, namun terdapat seorang lelaki Nigeria di dalam rumah terbabit bersama sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu.

“Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan kondominium itu sebelum menemukan mayat lelaki dipercayai telah terjatuh dari rumah yang disewa mereka,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Razlam berkata pihaknya turut menahan seorang lagi rakan mereka di tingkat lapan kondominium yang dipercayai cuba melarikan diri daripada pihak polis semasa serbuan itu.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk status kemasukan mereka ke negara ini dan kegiatan pengedaran dadah.

“Dua lelaki Nigeria berumur 30-an itu ditahan untuk siasatan lanjut, manakala mayat lelaki yang terjatuh itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,“ katanya.

Bagi kes berkaitan dadah, Razlam berkata ia disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes lelaki maut berusia 37 tahun yang dipercayai pelajar sebuah kolej swasta di negeri ini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings