the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima lelaki ditahan dipercayai merusuh di Kluang

KLUANG: Polis menahan lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah kedai makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang dekat sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata setelah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada 10.37 malam, gerakan mencari suspek dilakukan.

Beliau berkata kelima-lima lelaki berumur 18 hingga 20 tahun itu ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar daerah itu dan Johor Bahru antara pukul 2 petang, Selasa hingga 1 pagi, Rabu lepas.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod bersabit kes jenayah, manakala saringan ujian air kencing terhadap kesemua mereka didapati negatif.

“Mereka direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian 07-778 4222 atau Hotline IPD Kluang, 07-776 6822. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings