the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liputan internet di kawasan berpenduduk Sarawak capai 90.09% – Fahmi

KUALA LUMPUR: Liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Sarawak telah mencapai 90.09 peratus setakat 31 Okt lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata selain inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) sedang melaksanakan pembinaan 600 menara baharu (SMART 600) bagi menambah baik liputan Internet di Bumi Kenyalang.

“Kita akan minta supaya semua syarikat telekomunikasi mengerahkan segala jentera untuk memastikan kadar liputan bagi sesebuah negeri itu disamaratakan bagi semua kawasan.

“Ini sudah pasti akan mengambil masa tetapi ini antara ikhtiar saya dan juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi menjawab soalan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) mengenai status terkini permohonan pemasangan Starlink di kawasan Empangan Bengoh melibatkan tiga kampung yang merupakan pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang memerlukan liputan Internet serta telekomunikasi.

Beliau berkata kadar liputan Internet dan komunikasi di Parlimen Puncak Borneo mencapai 87.29 peratus setakat 31 Okt lepas.

Fahmi juga berkata dalam usaha menambah baik kadar berkenaan, sebanyak 28 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi menerusi inisiatif JENDELA Fasa 1 manakala tujuh lagi dijangka beroperasi pada suku pertama 2025.

“Kesemua 145 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf dan 6,021 daripada 6,189 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik,“ katanya sambil menambah baki inisiatif yang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat hingga penghujung 2025.

Mengenai perkhidmatan Starlink di Puncak Borneo, beliau berkata ujian bukti konsep perkhidmatan itu sedang dilaksanakan di Kampung Puak, Bau hingga Jun 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings