the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lori bawa bahan kimia terbalik di Lebuhraya Kesas

SHAH ALAM: Sebuah lori kontena yang membawa pelbagai jenis bahan kimia terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, pagi tadi.

Kejadian pada jam 10.25 pagi itu mengakibatkan tumpahan bahan kimia di atas jalan raya. Pemandu lori dilaporkan mengalami cedera ringan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, lori tersebut membawa muatan bahan kimia jenis sulfur, kalsium karbonat, dan titanium oksida dalam bentuk cecair.

“Bahan kimia ini disimpan dalam 10 unit tangki ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu,“ katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pembersihan melibatkan 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Andalas, dengan kerjasama pasukan khas bahan berbahaya (Hazmat).

Kerja-kerja pembersihan masih berjalan sementara menunggu kontraktor mengalihkan lori ke bahu jalan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories