the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lori bertembung, dua pemandu maut

KUANTAN: Dua pemandu lori maut apabila kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Kilometer (km) 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Luit, Maran hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, dari Kampung Peramu di sini dan Nik Mohamad Zainudin M.Baki, 38, dari Felcra Sri Makmur meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata insiden kira-kira 12.30 tengah hari itu berlaku apabila lori jenis Isuzu dipandu Ismanizam yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur hilang kawalan apabila tiba di lokasi kemalangan.

“Ketika melalui jalan selekoh, lori dipandu Ismanizam dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori jenis Hino yang dipandu Nik Mohamad Zainudin.

“Rentetan kemalangan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat,“ katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lori dipandu Ismanizam semasa kejadian tidak membawa sebarang muatan manakala lori dipandu Nik Mohamad Zainudin membawa muatan buah kelapa sawit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings